Saturday, January 22, 2011

KOMUNITI 1MALAYSIA

       
1.         Latar Belakang

1.1.      Mesyuarat Pasca Kabinet telah bersetuju supaya Komuniti Bestari dijenamakan semula kepada Komuniti 1Malaysia selari dengan Gagasan 1Malaysia.
1.2.      Komuniti 1Malaysia adalah merupakan penjenamaan semula  Komuniti Bestari yang telah dilancarkan oleh Y.B. Dato’ Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Malaysia pada 19 Disember 2010 di Dataran Jubli Emas, Limbang, Sarawak.
1.3.      Penubuhan ini adalah selaras dengan transformasi Jabatan Penerangan Malaysia yang menumpukan aspek Gagasan 1Malaysia yang telah diilhamkan oleh Y.A.B. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Hj. Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia Keenam.


2.         Definisi Komuniti 1Malaysia

Sebuah pertubuhan sukarela terdiri daripada  pelbagai kaum yang di tubuh dan diselia  oleh Jabatan Penerangan bagi memupuk nilai-nilai perpaduan.


3.         Konsep

Satu gerakan rakyat secara sukarela, dinamik dan berwawasan berasaskan semangat gagasan 1Malaysia .


4.         Logo


4.1.   Konsep Logo
Konsep logo ini menggambarkan komuniti yang berpengetahuan, bermaklumat dan bersatupadu di mana sentiasa mengikut perkembangan semasa dan menyampaikan kepada masyarakat sekeliling.
Perkataan ‘Komuniti’ ditulis dalam huruf ‘Lucida Calligraphy’ bermaksud Kumpulan  orang yang tinggal di sesuatu tempat atau masyarakat. Manakala 1MALAYSIA membawa maksud Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia Keenam yang menjurus kepada perpaduan antara kaum di Malaysia.

Garisan biru yang melengkung membawa maksud kemajuan, kecekalan, perpaduan dan kerjasama antara kaum dalam menjaga keharmonian negara.


4.2.   Keterangan Warna
Logo Komuniti 1MALAYSIA ini menggunakan 4 warna iaitu Biru, Kuning, Merah dan Hitam.

  BIRU      -           Kerjasama antara komuniti dan perpaduan.
  KUNING            -           Keikhlasan dan kedaulatan bangsa.
  MERAH -           Semangat jitu dan kental dalam  menghasilkan kerja.
  HITAM    -           Ketabahan, penerimaan dan semangat bersatupadu.


4.3.   Ikon :

         a.  RAKAN PADU
         b.  RAKAN USAHAWAN
         c.  RAKAN IT
         d.  RAKAN BUDAYA
         e.  RAKAN HARMONI

                 
5.         Visi

Komuniti 1Malaysia peneraju maklumat dan perpaduan rakyat.


6.         Misi

Membentuk rakyat yang bermaklumat dan memperkasa perpaduan.


7.         Slogan

“PENGGERAK TRANSFORMASI RAKYAT ”


8.         Objektif

8.1.  Memperkasakan semangat perpaduan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di dalam komuniti.
8.2.  Memupuk semangat kesukarelaan dan berdikari.
8.3.  Meningkatkan ilmu pengetahuan.
8.4.  Menjadi agen perubahan dalam komuniti.


9.         Dasar Penubuhan

Penubuhan Komuniti 1Malaysia adalah berdasarkan konsep “Satu Mukim Satu Komuniti 1Malaysia”. Walau bagaimanapun bagi negeri Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan mengikut kaedah seperti berikut :

9.1.        Satu KADUN dua Komuniti 1Malaysia ( Sabah dan Sarawak)
9.2.        Satu Parlimen tiga Komuniti 1Malaysia (WP Kuala Lumpur )
9.3.        Komuniti 1Malaysia mengikut zon ( WP Labuan )


10.      Strategi Penubuhan

Tumpuan penubuhan baru di penempatan pelbagai kaum :

10.1.       Kampung Baru
10.2.       Estet
10.3.       RPS Orang Asli (Semenanjung)
10.4.       Taman-taman Perumahan (Kawasan Bandar)
10.5.       Tanah Rancangan
10.6.       Penempatan pelbagai etnik


11.      PEMILIHAN JAWATANKUASA KOMUNITI 1MALAYSIA

Pembentukan Jawatankuasa Komuniti 1Malaysia hendaklah mengandungi ciri-ciri berikut iaitu :

11.1.     Terdiri daripada 40 Ahli Jawatankuasa.
11.2.     Berbilang bangsa / kaum.
11.3.     Pelbagai peringkat umur.


12.       TRANSFORMASI BIDANG UTAMA


KOMUNITI 1MALAYSIA
BIDANG UTAMA
IKON
1.         KETAHANAN DAN PERPADUAN NASIONAL.
  • RAKAN PADU
2.         PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI.
  • RAKAN USAHAWAN
3.         PERKONGSIAN MAKLUMAT (BUDAYA ILMU).
  • RAKAN IT
4.         KEBUDAYAAN DAN KESENIAN (MERAKYATKAN SENI).
  • RAKAN BUDAYA
5.         INTERAKSI SOSIAL
  • RAKAN HARMONI



13.      Strategi Pelaksanaan

13.1.   
BIDANG : KETAHANAN DAN PERPADUAN NASIONAL    - RAKAN PADU


Bertujuan memperkukuhkan semangat patriotik dan perpaduan bagi membina ketahanan nasional dalam kalangan rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa.


Pembentukan Jawatankuasa
a.            Ketua dilantik di kalangan Jawatankuasa Komuniti 1Malaysia.
b.            Ahli-ahlinya terdiri daripada :
                                                i.       4-6 AJK Komuniti 1Malaysia.
                                               ii.       RELA
                                             iii.       RUKUN  TETANGGA
                                             iv.       PEMADAM
                                               v.       JKKK/JKKKP
                                             vi.          Penegerusi Persatuan Penduduk, Pertubuhan Belia dan NGO yang berkaitan.
    
Bidang Tugas
a.        Mengenalpasti isu-isu setempat.
b.        Memberi maklumbalas dengan kadar segera ke atas isu-isu yang dikenalpasti.
c.         Membantu melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan keselamatan dan perpaduan seperti :
i.          Semarak Merdeka.
ii.        Aktiviti kenegaraan
iii.       Taklimat Isu Semasa
iv.       Ceramah
v.        Dialog


13.2.   
BIDANG : PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI
- RAKAN USAHAWAN

 


Bertujuan menimbulkan kesedaran dan minat melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup dikalangan rakyat setempat

Pembentukan Jawatankuasa
a.  Ketua dilantik di kalangan Jawatankuasa Komuniti 1Malaysia.
b.   Ahli-ahlinya terdiri daripada :
i.              4-6 AJK Komuniti 1Malaysia.
ii.            Pengusaha Industri Kecil dan sederhana (IKS)
iii.           Pengusaha Industri Ternakan
iv.           Pengusaha Industri Pertanian
v.            Pengusaha ‘Homestay’
vi.           Pengusaha Industri Kraftangan dan yang berkaitan.
    
Bidang Tugas
a.    Mengenalpasti pengusaha IKS setempat.
b.    Menggalakkan penglibatan pengusaha kecil-ke4cilan dalam industri kecil dan sederhana (IKS).
c.    Membantu melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan sosio ekonomi seperti :
i.              Promosi produk tempatan
ii.            Lawatan ke institusi seperti MARDI, FAMA dan lain-lain
iii.           Membantu mendapatkan khidmat nasihat dan teknikal. Dari agensi yang berkaitan.



13.3.   
BIDANG : PERKONGSIAN MAKLUMAT
- RAKAN IT



Menggalakkan rakyat berkongsi maklumat bagi melahirkan masyarakat berilmu dan berperanan memberikan maklumbalas

Pembentukan Jawatankuasa
a.    Ketua dilantik di kalangan Jawatankuasa Komuniti 1Malaysia.
b.    Ahli-ahlinya terdiri daripada :
                                          i.          4-6 AJK Komuniti 1Malaysia.
                                        ii.          Pegawai Perpustakaan Desa
                                       iii.          Tenaga Pengajar Pusat Jalur Lebar.
                                       iv.          Guru sekolah
                                        v.          Pengusaha ICT (Telefon Bimbit dan Cyber Cafe)
                                       vi.          Bloggers
    
Bidang Tugas
a.    Mengenalpasti isu-isu setempat.
b.    Memberi maklumbalas dengan kadar segera ke atas isu-isu yang dikenalpasti.
c.    Membantu melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan perkongsian maklumat seperti :
                                          i.          Penembusan Jalur Lebar.
                                        ii.          Ceramah berteraskan perlembagaan, Rukun Negara dan 1Malaysia.
                                       iii.          Pidato 1Malaysia.
                                       iv.          Jalinan Mesra antara Komuniti 1Malaysia.
                                        v.          Pameran agensi kerajaan




13.4.   
BIDANG : KEBUDAYAAN DAN KESENIAN
(MERAKYATKAN SENI)  - RAKAN BUDAYA



Membantu mengenalpasti dalam mengekalkan warisan seni budaya negara melalui nilai-nilai murni dan semangat kerjasama di kalangan rakyat.

Pembentukan Jawatankuasa
a.    Ketua dilantik di kalangan Jawatankuasa Komuniti 1Malaysia.
b.    Ahli-ahlinya terdiri daripada :
i.             4-6 AJK Komuniti 1Malaysia.
ii.           Persatuan Seni dan Kebudayaan
iii.          Persatuan Seni Beladiri
iv.          Kumpulan Nasyid/Marhaban
v.           Pengusaha dan penggiat permainan tradisional.
    
Bidang Tugas
a.    Mengenalpasti kebudayaan dan kesenian setempat yanag berpotensi untuk diketengahkan.
b.    Membantu melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan kesenian dan kebudayaan seperti :
                                          i.    Pertandingan / Demonstrasi permainan tradisional.
                                        ii.    Seni beladiri tradisional setempat.
                                       iii.    Sukan akyat tradisional.
                                       iv.    Kesenian dan kebudayaan komuniti setempat.
                                        v.    Demonstrasi masakan tradisional



13.4.   
BIDANG : INTERAKSI SOSIAL
- RAKAN HARMONI


Memupuk dan memperkukuhkan nilai-nilai semangat kejiranan, kerjasama, hormat-menghormati, permuafakatan dan penerimaan antara pelbagai kaum dan fahaman agama.

Pembentukan Jawatankuasa
a.    Ketua dilantik di kalangan Jawatankuasa Komuniti 1Malaysia.
b.   Ahli-ahlinya terdiri daripada :
                                          i.    4-6 AJK Komuniti 1Malaysia.
                                        ii.    Ketua-ketua rumah ibadat
                                       iii.    Pengerusi Persatuan Penduduk
                                       iv.    Pengerusi JKKK/JKKP.
                                        v.    Persatuan-persatuan suku kaum/agama.
    
Bidang Tugas
a.           Membantu melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penerapan nilai-nilai kejiranan, kerjsama, hormat-mernghormati, pemuafakatan dan penerimaan pelbagai kaum dan fahaman agama seperti :
                                                i.              Hari Komuniti (Hari Keluarga)
                                               ii.              Sambutan Hari Perayaan
                                             iii.              Pemimpin Bersama Rakyat
                                             iv.              Program keagamaan
                                               v.              Forum Rakyat
                                             vi.              Kenduri Komuniti (Kenduri Kampung)
                                            vii.              Gotong-royong
                                           viii.              Khidmat Komuniti


14.       PELAKSANAAN PROGRAM KOMUNITI 1MALAYSIA

Bagi melaksanakan program di dalam Komuniti 1Malaysia, terdapat tiga pendekatan utama mengikut skala yang akan diambil iaitu :


14.1.     Peringkat Negeri
Program Berskala Besar - Komuniti 1Malaysia Peringkat Negeri

a.    Program berskala besar ini dikenali sebagai Program Harmoni Komuniti 1Malaysia.
b.    Dilaksanakan di peringkat negeri dengan menggabungkan keseluruhan Komuniti 1Malaysia dalam negeri tersebut.
c.    Program tersebut merangkumi lima bidang utama.
d.    Sasaran bagi program ini melebihi 5,000 penglibatan rakyat pelbagai kaum.
e.    Tempoh pelaksanaan program selama 2 hari.
f.     Antara aktiviti berskala besar seperti Festival, Ekspo, Karnival Komuniti 1Malaysia.


14.2.     Peringkat Daerah
Program Berskala Sederhana - Sepakat Komuniti 1Malaysia

a.    Program berskala sederhana ini dikenali sebagai Program Sepakat Komuniti 1Malaysia.
b.    Dilaksanakan di peringkat daerah dengan menggabungkan keseluruhan Komuniti 1Malaysia dalam daerah tersebut.
c.    Program tersebut merangkumi lima bidang utama.
d.    Sasaran bagi program ini melebihi 2,000 penglibatan rakyat pelbagai kaum.
e.    Tempoh pelaksanaan program selama 2 hari.
f.     Antara aktiviti berskala sederhana ialah Ekspo, Pameran dan Festival.


14.3.     Peringkat Komuniti
Program Berskala Kecil – Info Komuniti 1Malaysia

a.    Program berskala kecil ini dikenali sebagai Program Info Komuniti 1Malaysia.
b.    Dilaksanakan di setiap Komuniti 1Malaysia.
c.    Sasaran bagi program ini antara 300 hingga 500 penglibatan rakyat pelbagai kaum.
d.    Tempoh pelaksanaan program selama 1 hari.
e.    Antara aktiviti ialah pameran, sukan rakyat, kenduri kampung, persembahan kebudayaan dll.


14.4.     Aktiviti Lain Dalam Komuniti

Pelaksanaan program peringkat Komuniti 1Malaysia (mukim)   dikendalaikan secara bersama oleh Pengerusi dan Ahli Jawatanakuasa dengan melaksanakan aktiviti seperti :

a.    Lawatan Sambil Belajar,
b.    Aktiviti berbentuk keagamaan,
c.    Hari-hari perayaan,
d.    Aktiviti Kenegaraan,
e.    Aktiviti  Kebudayaan,
f.     Aktiviti Pendidikan,  dan
g.    Aktiviti lain yang bersesuaian.


15.         PROMOSI DAN PUBLISITI PROGRAM

Bagi melaksanakan program Komuniti 1Malaysia, promosi meluas melalui agensi di  bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan dilaksanakan seperti berikut:

        a. Media elektronik (TV dan radio)
        b. Media cetak
        c. Media baru (laman web, blog, facebook, twitter dsb)
        d. Media bersemuka
        e. Poster, kain rentang, gegantung, risalah, paparan dsb.
        f.  Hebahan umum


16.         PENUTUP

Dengan transformasi Komuniti 1Malaysia ini, maka adalah diharapkan agar matlamat Gagasan 1Malaysia dapat dicapai melalui penglibatan pelbagai kaum dan etnik di seluruh negara dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan seterusnya mengekalkan perpaduan dalam kepelbagaian.



********************************
*************************
********************

6 comments:

  1. assalammualaikum.

    bagaimana cara untuk menjadi ahli Komuniti 1Malaysia?

    ReplyDelete
  2. cuba dapatkan maklumat dari Pejabat Penerangan Daerah...

    ReplyDelete
  3. Mengapa blog ini MATI kat sini jer ye??? Sapa admin dia Pegawai Penerangan ker???

    ReplyDelete
  4. Saya ingin menambah runggutan daripada Danny Lau yang bertanya mengapa blog ini MATI kat sini jer yer???.
    Saya berpandangan supaya blog ini sentiasa aktif, wajar pihak admin Jabatan Penerangan menyediakan ruangan setiap K1M di seluruh negara untuk dimuatkan Program/Aktiviti yang dijalankan di K1M masing-masing.
    Dengan terisinya ruangan yang tersedia itu; sudah pasti menjadi aktif blog ini di samping menyalurkan maklumat yang boleh di kongsi.

    ReplyDelete
  5. Sebelum bermulanya kegilaan kepada FB, cara terbaik bagi penyebaran maklumat adalah melalui blog...tetapi ia perlu kerap diupdate...dan sekarang kebanyakkan maklumat disalurkan melalui FB...

    ReplyDelete